Wednesday 5 March 2014

Review Kill Bill



Review Kill Bill 

  • 'Kill Bill' lakonan Uma Thurman sebagai 'The Bride' dibantu oleh David Carradine, Lucy Liu, Darryl Hannah, Micheal Madsen, Sonny Chiba, dan Samuel Jackson. Filem ini mengisahkan seorang wanita dari Texas, terjaga daripada koma selama empat tahun dan menyedari dirinya telah kehilangan anak yang dikandungnya empat tahun dahulu. Sedari itu, dia ingin menuntut bela diatas keadaan yang dialaminya kini. Di dalam filem ini 'The Bride' seorang wanita yang penuh misteri, cuba menjalani kehidupan biasa selepas berhenti daripada menjadi anggota skuad pembunuh bernama 'Deadly Viper Assassination Squad' di bawah pimpinan 'Bill'. Namun begitu Bill telah merancang untuk membunuhnya di hari perkahwinannya bersama-sama anggota skuad pembunuh yang lain. Dia dibelasah teruk dan di tembak dikepala oleh Bill, namun begitu dia tidak mati walaupun mengalami kecederaan yang parah. 
  • Wanita yang hanya dikenali sebagai 'The Bride' mencari satu persatu anggota skuad yang telah bersubahat menjadikan dirinya koma. Bermula dengan dengan  Vernita Green di Pasadena dan seterusnya menuju ke Okinawa, Japan bagi mencari ketua mafia bernama O-Ren Ishii. Dengan bantuan Hattori Hanzo yang telah memberinya sebilah pedang Samurai untuk membantunya dalam misi membalas dendam.                          
  • "Kill Bill" yang dihasilkan oleh Lawrence Bender, di bawah arahan Quentin Tarantino yang juga telah menghasilkan filem-filem aksi yang lain antaranya Reservoir Dog (1992), Pulp Fiction (1994), Jackie Brown (1997) dan Inglorious Bastards (2009). Filem 'Kill Bill' ini mempunyai pola penceritaan yang sama dengan filem-filem aksi yang lain namun kelainan yang ditonjolkan dalam filem ini apabila Quentin Tarantino cuba mengahasilkan chapter dalam karya filemnya. Filem ini telah menghasilkan satu pembaharuan apabila jalan cerita filem ini dilanjutkan kepada 'Kill Bill:Vol 2' .                                                                                         
  • Source : IMDb kill bill 
    • http://www.imdb.com/title/tt0266697/?ref_=nv_sr_1
    • http://content.time.com/time/magazine/article/0,9171,349193,00.html
    • http://www.imdb.com/name/nm0000233/                  (IMDb Quentin Tarantino)





No comments:

Post a Comment